Tuesday, 31 May 2011

Siapa Dulu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar para pembaca semua? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan takaful untuk keluarga kita. Tetapi kadang-kadang kita dalam dilema, siapa yang patut kita protect dulu? Suami, isteri atau anak-anak saya dulu? inilah isu yang kita akan bincangkan hari ini.

Jika mengikut perancangan kewangan yang betul, orang pertama yang perlu kita lindungi/ memerlukan takaful ialah penyumbang utama kepada pendapatan keluarga. Selalunya dimulakan dengan Suami/Bapa dan dituruti dengan isteri. Sebagai contoh sekiranya suami secara tiba-tiba lumpuh kekal atau dihidapi penyakit kritikal, bagaimanakah kita hendak mencari jalan untuk menggantikan pendapatan suami? adakah ada adik beradik kita yang mampu membantu? Kawan-kawan? Jadi kita perlukan takaful untuk membantu menyelesaikan masalah kita ini. Sebagai contoh, anda boleh lihat keratan akhbar dibawah:





Tuesday, 10 May 2011

Asas Perlindungan Takaful: Satu Keperluan



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua asas perancangan kewangan peribadi iaitu Takaful Keluarga Asas. Apa yang saya maksudkan dengan asas ialah setiap orang dari kita perlu ada perlindungan asas ini bagi membuat persediaan menhadapi segala musibah yang datang tanpa diduga. Terdapat 3 asas utama dalam perancangan kewangan bagi kategori Perlindungan iaitu:

          i.            Perlindungan(Jaminan) ke atas pendapatan yang kita perolehi setiap bulan,
   ii.    Menyediakan Dana untuk menampung hutang/liabiliti untuk anda & keluarga sekiranya anda hilang upaya kekal/ meninggal dunia
      iii.            Menyediakan Dana untuk Penyakit Kritikal & kos rawatan untuk kemalangan & lain-lain

Perlindungan/Jaminan Pendapatan

Dengan menyertai pelan takaful oleh Etiqa Takaful Berhad, anda & keluarga tidak perlu risau sekiranya musibah berlaku pada bila-bila masa. Sebagai contoh, cuba anda bayangkan sekiranya secara tiba-tiba anda diserang strok bagi mereka yang merokok ataupun lumpuh/cacat kekal disebabkan kemalangan jalan raya, adakah simpanan anda mencukupi bagi menampung hidup anda dan keluarga? Boleh anda senaraikan 3 nama samada ahli keluarga terdekat, kawan karib, jiran atau siapa sahaja yang boleh menggantikan anda sebagai ketua keluarga dan memberi ahli keluarga anda makan? Disinilah takaful berfungsi sebagai sumber pendapatan anda sekiranya anda ditimpa musibah.

Perlindungan/ Jaminan Liabiliti(Hutang)

Hidup tidak selalunya indah. Sekiranya anda ditimpa musibah, bagaimanakah dengan hutang yang telah anda kumpul? Bagaimana dengan bayaran bulanan kereta, rumah, kad kredit, pinjaman pelajaran, perabot, bil telefon, pinjaman peribadi dan sebagainya? Bagaimana anda mampu memenuhi semua komitmen ini sekiranya anda tidak dapat bekerja? Dengan pelan takaful, anda dan keluarga akan mempunyai dana untuk menyelesaikan semua hutang ini dan tiada apa yang akan tergadai.

Dana Penyakit Kritikal & Kad Perubatan Takaful

Dana penyakit kritikal dan kad perubatan sangat berguna apabila berlaku musibah dan saat-saat kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh sekiranya anda terlibat didalam satu kemalangan dan memerlukan pembedahan segera, sedangkan anda tidak mempunyai dana kecemasan, bagaimanakah anda nak menyediakan deposit RM 5000 hanya untuk daftar di hospital pakar sekitar KL & Selangor? Dengan menyertai pelan takaful Etiqa, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan anda boleh mendaftar masuk secara percuma tanpa sebarang deposit. Tambahan lagi, anda akan diberi Bilik Percuma, 90% dari kos pembedahan anda akan di tanggung sepenuhnya oleh Etiqa dan anda juga akan diberi Elaun Harian Tunai sepanjang anda berada di hospital. Kad Perubatan menanggung sepenuhnya kos rawatan untuk penyakit kritikal seperti kanser dan buah pinggang.

Kenapa anda perlu menyertai Pelan Takaful?

Cuba anda fikirkan, sekiranya anda membuat simpanan di bank-bank biasa, untuk kegunaan kecemasan seperti membayar bil-bil hospital dan sebagainya, jika anda baru menyimpan selama 2 bulan mungkin RM500 dan secara tiba-tiba berlaku kemalangan dan anda memerlukan RM5000 untuk pendaftaran ke hospital, bagaimanakah anda nk mencari RM5000 sedangkan anda sedang terbaring? Disinilah takaful berfungsi. Dengan adanya kad Perubatan, anda mampu menyelesaikan masalah ini. Jadi, jangan berlebgah lagi kerana "Malang tidak berbau" dan sediakanlah patung sebelum hujan. Hanya dengan menyimpan sedikit anda mampu mengubah hari esok.